Kelas e-Learning (Kuiz Ulangkaji Individu)

24 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Sabtu, bersamaan 23 Februari 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas e-Learninng iaitu Kuiz Ulangkaji Individu yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh seorang pelajar sekolah menengah iaitu adik Muhammad Nur Irfan bin Sepian.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi latihan ulangkaji kepada peserta melalui kuiz yang terdapat secara atas talian.

Antara pengisian semasa kelas ialah peserta dikehendaki membuka laman sesawang www.quizizz.com dan www.proprofs.com untuk mendapat soalan-soalan yang boleh digunakan sebagai bahan ulangkaji. Laman web tersebut amat sesuai digunakan sebagai tempat untuk mengulangkaji pelajaran kerana ia menyediakan soalan daripada pelbagai jenis subjek daripada sekolah rendah, menengah mahupun universiti. Memandangkan adik Irfan berumur 13 tahun, lebih sesuailah bagi dia untuk mencari soalan-soalan pada peringkat tingkatan 1 dan dia telah berjaya menjawab beberapa set soalan subjek sains oleh sebab dia kurang mahir dalam subjek tersebut.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am dalam menyediakan surat rasmi agar boleh kegunaan di masa hadapan sejajar dengan objektif Pusat Internet iaitu memberi pendedahan ICT awal kepada penduduk luar bandar agar setaraf dengan penduduk bandar.



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali